Wednesday, November 21, 2012

Chicken & Mixed Veges Soup


Yummy... menu untuk dinner malam ni. Boleh untuk 3 orang makan, tapi orang lain makan dengan nasi lah.. Saya cuma makan ni jer nanti untuk dinner.

Bahan-Bahan:
1. 2 - 3 paket Mushroom Soup - any brand. I choose Vono sbb tu je yg ada kat rumah. hehe.
2. 100gm isi ayam (dada) potong kecil.
3. Sotong ball - potong nipis, Crabstick potong kecil. (optional). Saya masukkan ni tadi sbb nak abeskan stok, alang2 dah tinggal skit.
4. Sayur-sayuran mcm carrot, brocolli, cendawan, semua potong kecil2.
5. Sedikit garam.

Cara memasak:
1. Panaskan sup di dalam periuk, masukkan bahan no #2 dan #3 serta sayur cendawan. Apabila mendidih dan masak, tutup api. Tambah garam secukup rasa.
2. Bubuh sayur carrot & brocolli. Biar skejap dlm sup yang panas dlm kuali (api dah tutup). Biarkan sayur lembut je dlm sup yang panas tu. Lps tu, boleh ambil, letak dalam mangkuk. Hidang & terus makan.. sayur2 ni sedap makan FRESH sbb zat & nutrien masih banyak.. Kalau biar didih lama2 mmg jadi lembik & tak sedap dah rasa... hehe.. Selamat mencuba.. memang sedapppp!!




Thursday, November 1, 2012

Telur Masak Separuh


Ramai lagi orang tak tahu macam mana nak buat telur masak separuh, bebetul 1/2 la, tak 3/4 ke or fully cooked. hehe..

Senang jer.. tapi tips ni utk telur Grade A (Cap Tesco) lah..

Mula2, panaskan air sampai mendidih dalam periuk. Lepas tu tutup api. Masukkan telur yang dah dibasuh bersih tadi dlm periuk. Tunggu 8 minit. Ngam2 8 minit tau! Jangan lebih, nanti memang tlebey masak la. Kalau utk telur gred B/ C, kurangkan masa dalam 7 minit pun dah masak 1/2 dah..

Nak sedap, boleh makan dengan Blackpepper cap ajinomoto + Kicap seasoning tuh.. perghhh.. mengacam.. ataupun letak serbuk Cukup rasa Knorr tu jer, confirm la terangkat.. Lebih sedap dari Old Town punya.. hehehe..

Nak buat stok pun boleh, rendam je siap2 banyak2 telur. cukup je masa (7-8 minit), boleh amik dan sejukkan terus dengan merendam dgn air paip biasa. Pastu simpan la, tp jgn la sampai esok baru nak makan yg dah sejuk tu, kurang sedap la skit, lagipun tak elokk kalau makan benda2 dah sejuk ni, badan nanti mudah masuk angin dan banyak plak toksin. Tak tahu apa relatednya.. tapi pengalaman dari mengurut, mmg cmtu laa.. kalo mkn yg dah sejuk.. badan banyak angin... so elakkanlah makan benda dah sejuk.

Tuesday, October 30, 2012

Asam Pedas Meatball



Yeah, asyik nak siapkan makan cepat & ringkas. Ni lah hasilnya. Memang sedap & terbaeeeekk!

Bahan-bahan:
1. Perencah Asam Pedas Tesco Choice
2. Meatbal (jenama BBB)
3. Air

Cara memasak:
Panaskan perencah bersama air di dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan jer meatball tu. Tunggu sampai masak. Lepas tu sejukkan. Biar rendam lama dalam kuah tu. Kalau nak makan malam, kena masak siap2 tengahari. Lepas tu panaskan balik time nak makan malam.

Memang terbaeeekk laa sbb rasa asam pedas dah masuk dalam meatball. Hehehe.. inilah ia, masakan segera saya. Nak kejar masa urus banyak benda.. Kenyang laa juga kann.. :D


Wednesday, October 17, 2012

Ayam Masak Halia



Ayam Masak Halia, very simple. Letak banyak2 halia dalam masakan tu, utk senang bagi angin dalam badan sendiri keluar juga (mudah sendawa, mudah perkumuhan). Angin dalam badan sebenarnya adalah toksin.. jadi, selain dari melalui sendawa/ kentut, toksin juga boleh keluar melalui proses2 perkumuhan lain seperti membuang air kecil, besar serta perpeluhan.

Erk.. tetiba plak cakap pasal perkumuhan.. Alang2 dah citer pasal Ayam Masak Halia ni, cerita lah sekali khasiat halia secara general.

Orait.. bahan2nya adalah:

1. Isi ayam
2. Garam secukup rasa
3. Cili padi (saya suka makan pedas)
4. Daun Kari/ Daun Limau purut (salah 1 jenis jer, utk naikkan bau dan tambah rasa)
5. 1 biji Bawang besar saiz medium
6. 2 ulas bawang putih
7. Minyak masak

Cara memasak:
Tumiskan bawang besar & putih setelah minyak panas dlm kuali, bila naik bau, buh je ayam... Kacau sampai masak. Lps tuh buh cili padi & daun kari/ limau purut tadi. Sedia utk dihidang panas2 bersama nasi. 

Hidangan dlm gbr atas ni adalah hidangan utk mebekalkan tenaga sebelum mengurut orang... So bila angin org yang diurut tu masuk ke dlm bdn saya, senang la nak sendawa kiranyaa sbb dah makan halia.. hehehe..

Selamat mencuba.


Thursday, October 11, 2012

Bihun Sup


Bihun Sup #QuickCook style ni sebenarnya lebih sesuai untuk orang yang nak makan ringan-ringan, tapi nak juga rasa kenyang @ berat sikit untuk dinner, tetapi nak elakkan nasi dan kandungan karbohidrat yang tinggi. Kiranya light meal tapi agak mengenyangkan.

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):-
1. 2 paket Vono Mushroom Soup/ Cream Soup (atau kalau nak heavy skit, boleh ganti/ campur dgn 1 paket Bubur Nasi)
2. Crabstick / Meatball/ Sotong Ball / Isi ayam/ Isi daging - potong kecil2  - letak dalam jumlah mengikut kesesuaian
3.  Bihun Siam/ Malaysia (boleh agak2 sendiri ikut kesesuaian). Saya suka bihun siam :D
4. Sayur (sawi dan tomato, dihiris) & cili api kalau nak pedas.


Cara memasak:
1. Panaskan bahan #1 dalam periuk, letak bahan #2, masak sehingga mendidih. Letak bahan no #3.
2. Tutup api, boleh angkat smua yang dah masak tadi, letak dlm mangkuk.
3. Tabur lah sayur sawi & tomato, saya suka vegies ni makan raw.. nanti letak dlm kuah yang panas2 pun sayur dah lembut, tak perlu didihkan dalam masakan, nanti hilang zat2.. hehe..
4. Letak ajinomoto black pepper skit.

Tips:
1. Tambah garam kalau rasa kurang masin. Tetapi 2 paket mushroom soup dah agak2 cukup rasanya...
2. Kalau guna bihun siam, tak perlu rendam bihun dalam air panas terlebih dahulu sbb bihun mudah lembut dalam sup yang tengah panas dalam periuk. Kalau guna bihun Malaysia, kena rendam dulu sampai lembut
3. Sesuai untuk yang nak ganti makan nasi pada waktu malam, boleh cuba menu ni.
4. Kalau pakai Bubur Nasi, elakkan masak lama2 dalam periuk sbb nanti bihun pun jadi mcm bubur, terutama kalau bihun siam tu sbb mudah lembut... Tak sedap nak makan.

Nampak menu ni macam banyak guna benda segera kan? Memang lah, dah namanya Quick Cook.
Memasak dan makan di rumah adalah lebih baik dari makan kat luar, sbb kita tahu bahan dalam masakan kita dan kita kendalikan dengan cara bersih. Selamat mencuba.

Friday, September 7, 2012

Pelbagai cara untuk makan meatball


Meatball cicah sambal kicap...

Rebus je meatball, pastu cicah dgn sambal kicap. But not so sambal-ise laa, sbb ni cair jer.

Cara buat sambal kicap simple ni:
Just hiris bawang merah, bwg besar, cili api, perah jus limau nipis bebanyak skit, gaulkan sambal kicap tu, leh letak gula skit kalau suka.. Sedap gak laaaa, kelainan dari cicah dgn sos cili jer.. hehe..

Kenapalah saya gemar sangat kat BBB Meatball ni? BBB Meatball ni ada 2 jenis iaitu original dan black pepper. Mula2 terbeli je meatball ni kat Tesco, then masa saya ke Bangkok hujung June lalu, ada makan meatball yang lebih kurang je sedap mcm ni, bila balik MSia, terus teringat2 dan sebab tu selalu beli, sbb rasa lebih kurang sama. Cuma kat bangkok tu tak silap saya, homemade, HALAL, digoreng dan dicucuk2 di lidi sate.

When it comes to some sort of readymade food ni mcm meatball, sotong ball, crabstick, nugget, etc2.. saya lebih suka rebus dari goreng. (kecuali nugget, jarang saya beli nugget). Selain lebih menyihatkan (elakkan penggunaan minyak), ianya lebih cepat dan mudah untuk disediakan. Leceh kalau nak goreng2 1-1, kalori, lemak pun smua lebih. Sama juga dgn keropok losong dari trganu, saya tak suka goreng2.. saya suka yg baru masak direbus panas dr periuk kat kedai tu, amik makan cicah dgn kuah.. Lambat weeyy nak goreng2.. berminyak2 lagi.. tak sedap! haha..

Saya tahu, tak elok sangat makan readymade food ni, tapi saya ni kan QuickCook.. hahaha saya tak suka makan kat luar sbb nanti susah nak pusing cari kedai makan merata2 dalam Putrajaya ni, makan masa lagi, pastu kalau bebetul sedap & kena citarasa tu takpe, tp kalau kena kedai yang tak best tu nanti panjang citer plak.. haha.. Lebih baik masak kat rumah, kita tahu apa bahan2 yang kita guna, pengendalian pun cermat & bersih... Lebih baik makan kat rumah.. Jimat masa, jimat duit (petrol keta), jimat tenaga dan macam2. Yang penting, tetap sedap dan kenyang jugak pun kan. Jarang2 sekali nak makan kat luar tu boleh, tapi terus ke resto mahal2 laaa.. mcm TGI ke apaaaa.. confirm la sedap wlpn mahal (hahahaha hangguk laa.. kalau kawan tak bawak jejak TGI, memang aku x kenal laaa..!!)

Kadang2, kalau ke kedai, makanan yang diidamkan dan pilihan hati pun takde.. so takde choice, terpaksa la makan apa yang ada. Kadang2 takleh nak diet sbb makan entah ape2... Tapi kalau dah set dlm kepala nak masak & makan kat rumah, takdelah kita berharap sangat dgn makanan2 kat kedai yang belum tentu kita dapat nak makan. hehehe... Terus boleh fikir laah dlm kepala, apa yg nak masak kat rumah kalau balik keja nanti dgn bahan2 yg ada & limited tu.. Memang la sesuai dgn nama QuickCook.. :D

Actually saya juga beli lauk basah spt daging, ayam, sotong, udang. Bukan sebab saya suka citer pasal meatball, crabstick, sotongball, nugget ni menunjukkan saya addicted dgn fast food camni, ni cuma ni lah hasil makanan kalau saya nak cepat & kejar masa. Kalau saya ada masa banyak, saya masak la spesel skit cam kari ayam, tomyam, padprik, asam pedas dll. Ikut kesesuaian masa.

Ok sekian sahajaaa.. selamat mencuba.. :D

Sunday, August 26, 2012

Bihun Bandung @ Bihun Kuah @ Bihun Celup


Minggu kedua rasa puasa, saya dah masuk opis. Ada budak2 opis nak datang beraya kat rumah, so terus zassss ke Mydin Presint Diplomatik, beli la bahan2 mentah. Senang je, masak bihun kuah, paling cepat dan express dan sedap (hehe.. perasan) dan juga mengenyangkan yang pastinya.

Bahan-bahan untuk 5 orang makan (boleh agak2):-
1. 1 paket Bihun (bihun siam lagi sedap). Celurkan sehingga kembang.
2. Isi ayam 100 gm.
3. 100 gm sotong, 100 gm udang. 
4. Sayuran (tomato, sawi)
5. Cili segar
6. 3 ulas bawang putih
7. Sos cili, sos tomato, cili giling kisar, kicap manis
8. Minyak masak
9. Air
10. Garam secukup rasa. 
11. Daun sup, daun bawang & bawang goreng (utk hiasan)

Cara memasak kuah:
Tumiskan bawang putih dlm minyak yang panas dalam kuali smp naik bau, kemudian buh gili giling, tumis sampai wangi, kemudian masukkan isi ayam, udang, sotong. Kacau sehingga 1/2 masak, kemudian masukkan sos cili, sos tomato,kicap.. kacau sebati. Masukkan air, tunggu sehingga mendidih semua bahan. Tutup api bila dah masak. Letak la sayur2 tu (kalu letak awal2, nanti x sedap sayur x fresh). Buh garam secukup rasa. Boleh la hidangkan, letak kuah dlm mangkuk, masukkan lah bihun yg dh celur tadi.. Taburkan barang2 hiasan.. lps tu hidang panas2. Memang terbaekkk.. Sedappp..