Friday, September 7, 2012

Pelbagai cara untuk makan meatball


Meatball cicah sambal kicap...

Rebus je meatball, pastu cicah dgn sambal kicap. But not so sambal-ise laa, sbb ni cair jer.

Cara buat sambal kicap simple ni:
Just hiris bawang merah, bwg besar, cili api, perah jus limau nipis bebanyak skit, gaulkan sambal kicap tu, leh letak gula skit kalau suka.. Sedap gak laaaa, kelainan dari cicah dgn sos cili jer.. hehe..

Kenapalah saya gemar sangat kat BBB Meatball ni? BBB Meatball ni ada 2 jenis iaitu original dan black pepper. Mula2 terbeli je meatball ni kat Tesco, then masa saya ke Bangkok hujung June lalu, ada makan meatball yang lebih kurang je sedap mcm ni, bila balik MSia, terus teringat2 dan sebab tu selalu beli, sbb rasa lebih kurang sama. Cuma kat bangkok tu tak silap saya, homemade, HALAL, digoreng dan dicucuk2 di lidi sate.

When it comes to some sort of readymade food ni mcm meatball, sotong ball, crabstick, nugget, etc2.. saya lebih suka rebus dari goreng. (kecuali nugget, jarang saya beli nugget). Selain lebih menyihatkan (elakkan penggunaan minyak), ianya lebih cepat dan mudah untuk disediakan. Leceh kalau nak goreng2 1-1, kalori, lemak pun smua lebih. Sama juga dgn keropok losong dari trganu, saya tak suka goreng2.. saya suka yg baru masak direbus panas dr periuk kat kedai tu, amik makan cicah dgn kuah.. Lambat weeyy nak goreng2.. berminyak2 lagi.. tak sedap! haha..

Saya tahu, tak elok sangat makan readymade food ni, tapi saya ni kan QuickCook.. hahaha saya tak suka makan kat luar sbb nanti susah nak pusing cari kedai makan merata2 dalam Putrajaya ni, makan masa lagi, pastu kalau bebetul sedap & kena citarasa tu takpe, tp kalau kena kedai yang tak best tu nanti panjang citer plak.. haha.. Lebih baik masak kat rumah, kita tahu apa bahan2 yang kita guna, pengendalian pun cermat & bersih... Lebih baik makan kat rumah.. Jimat masa, jimat duit (petrol keta), jimat tenaga dan macam2. Yang penting, tetap sedap dan kenyang jugak pun kan. Jarang2 sekali nak makan kat luar tu boleh, tapi terus ke resto mahal2 laaa.. mcm TGI ke apaaaa.. confirm la sedap wlpn mahal (hahahaha hangguk laa.. kalau kawan tak bawak jejak TGI, memang aku x kenal laaa..!!)

Kadang2, kalau ke kedai, makanan yang diidamkan dan pilihan hati pun takde.. so takde choice, terpaksa la makan apa yang ada. Kadang2 takleh nak diet sbb makan entah ape2... Tapi kalau dah set dlm kepala nak masak & makan kat rumah, takdelah kita berharap sangat dgn makanan2 kat kedai yang belum tentu kita dapat nak makan. hehehe... Terus boleh fikir laah dlm kepala, apa yg nak masak kat rumah kalau balik keja nanti dgn bahan2 yg ada & limited tu.. Memang la sesuai dgn nama QuickCook.. :D

Actually saya juga beli lauk basah spt daging, ayam, sotong, udang. Bukan sebab saya suka citer pasal meatball, crabstick, sotongball, nugget ni menunjukkan saya addicted dgn fast food camni, ni cuma ni lah hasil makanan kalau saya nak cepat & kejar masa. Kalau saya ada masa banyak, saya masak la spesel skit cam kari ayam, tomyam, padprik, asam pedas dll. Ikut kesesuaian masa.

Ok sekian sahajaaa.. selamat mencuba.. :D