Sunday, July 22, 2012

Paru rebus cicah air asam


Paru rebus, dicicah air asam.. haha.. terbaekk laa.. Maaf sbb kualiti gambar mmg kureng skit.. Rasa sebenar sememangnya lebih indah dari rupa.. hehehe. Paru ni boleh ganti dgn usus juga (( tp saya malas nak handle cuci usus, tak pandai pun, selalu mak saya yg buatkan :P  ))

Saya ni memang "hantu" skit dgn organ2 dalaman ni, suka sangat lah. Tapi sebenarnya tak bagus makan organ dalaman ni, boleh tumpulkan ingatan serta secara generalnya juga tinggi kolesterol. Makan sekali sekala tu boleh la. Usus, lidah dan hati lembu pun saya suka sangat...! 

Ok, ni menu buka puasa, saya rebus paru tu siap2 kat rmh.. pastu bwk g rmh abg... Buah air asam kat sana. Kak ipar saya org Medan, x pernah tahu paru ni boleh makan cicah mcm ni jer, biasa dia goreng kering/ masak sambal je. So kiranya ni menu baru utk dia blajar aritu.

PARU REBUS DAN AIR ASAM
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1/2 kg paru, direbus sehingga masak dan lembut.

Bahan-bahan air asam:
1 biji tomato - hiris
1 biji bawang besar - hiris
7-8 biji cili api - potong kecil
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris nipis
2 sb kerisik
2 sb air asam jawa
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 inci belacan - bakar dan tumbuk
2 sb budu - optional
sedikit gula

Cara-cara:
1. Sediakan air asam. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Rasakan masin manis dan masamnya.
 
2. Cara menghidang: hidangkan paru yang telah dihiris bersama air asam. Cicahkan perut bersama air asam. Sedap di makan dengan nasi putih ataupun diratah begitu saja.

(resipi telah diolah skit, SUMBER ASAL)

Monday, July 9, 2012

Sambal Udang Kering & Bubur Nasi


Sambal udang kering ni sebenarnya saya masak sbg lauk/ menu tambahan untuk bulan puasa nanti. Agak2 tak lalu sangat nak sahur, boleh makan nasi panas2 dengan telur mata/ dadar je pastu matchkan sekali dgn sambal ni. Masya Allah, memang sedap sangat sambal ni kalau makan dgn nasi panas2, atau bubur nasi (mcm dlm gambar kat bawah ni).

Bubur nasi juga saya masak siap2 banyak2 terus utk stok sahur Ramadhan, lps tu buh dlm bekas kecil2 ikut portion yg sesuai dlm sekali makan utk 2 orang. senang kalau nak sahur, just kuarkan je dr peti ais, panaskan air dalam periuk, letak je bubur ni, tggu sampai didih.. Boleh angkat dan makan terus. Bubur nasi yg biasa saya buat, saya campurkan terus carrot & ubi kentang. Lps tu kalau nak banyak lauk, leh tambah la meatball, crabstick, ikan bilis goreng.


Bahan-bahan:
1. 1 paket udang kering 300gm, basuh bersih
2. Pes Cili giling
3. Cili padi
4. Bawang besar 2-3 biji (depends pada saiz) - hiris nipis
5. Bawang putih 2 ulas - crushed
6. Minyak masak
Garam, tak perlu sbb udang kering dah memang masin.


Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan semua bawang (besar + putih) yang dipotong tu.. tumis smp naik bau. Pastu buh pes cili giling... tumis smp bebetul masak la pes tu coz kalo x bebetul masak, leh sakit perut nanti...

2. Masukkan udang kering yang bersih, kacau sampai lah masak semuanya, buh sekali cili padi yg dh dipotong kecil.

3. Sedia utk dihidang dengan makanan yang sesuai.. Sedaaappp!